Pengumuman

Bisnes Internet Dimensi Baru Dunia Perniagaan:: Mula Jana Duit Dari Rumah :: Anda Usaha, Anda Dapat!!

Friday, June 17, 2011

Kegunaan Elaun Keraian | Hak Persendirian vs Hak Bersama

Salam 1 Blog,

Dah lame tak update blog kan. Thanx sebab masih sudi jenguk post, iklan, gambar kat sini. Hari ni nak membebel sket pasal ELAUN KERAIAN bagi sebahagian kakitangan awam.

Elaun Keraian - elaun untuk atau kerana meraikan seseorang (Kamus Dewan Edisi 4)

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggungjawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA 
Semua dah jelas pasal Elaun Keraian.. Nak tgk berapa dorang dapat?? Jom kite bongkar kat sini


maksud definisi elaun keraian, kegunaan elaun keraian, hak elaun keraian persendirian bersama,elaun keraian penjawat awam, elaun keraian kerajaan

Elaun Keraian dikecualikan dari cukai pendapatan

maksud definisi elaun keraian, kegunaan elaun keraian, hak elaun keraian persendirian bersama,elaun keraian penjawat awam, elaun keraian kerajaan


Gred 44 pun at least RM 400.00 dalam tangan.. Gred 48 tambah lagi RM150.. Byk gak beza (pttlah ramai yg gler pangkat) Persoalannya di sini, siapakah pemilik wang elaun keraian itu?? Adakah pegawai seperti yg tercatat di dalam slip gaji atau staf bawahan atau tetamu pegawai tersebut??


Kalau ikut definisi seperti dlm perenggan di atas, elaun keraian adalah untuk meraikan seseorang.. Kalau disebut untuk meraikan diri sendiri boleh jadi memang untuk kegunaan pegawai (byr sewa rumah, byr loan kereta, belanja keluarga mkn mlm, beli ipad 2). Seseorang yg dimaksudkan adalah tetamu yg dtg berjumpa@berurusan seperti mesyuarat tergempar, perbincangan sulit. Ianya bertujuan supaya menunjukkan mereka dilayan dengan baik oleh setiap penjawat awam yang bergred tinggi.



maksud definisi elaun keraian, kegunaan elaun keraian, hak elaun keraian persendirian bersama,elaun keraian penjawat awam, elaun keraian kerajaan



Sedih apabila mendapati ada di kalangan mereka yg sukar utk mengeluarkan elaun keraian bg mewujudkan suasana harmoni di pejabat.. Apalah salahnya sedikit wang itu dibelanjakan utk keceriaan, belanja staf yg selama ini byk membantu mereka menjalankan tugas tertentu, sumbangan majlis perpisahan,kebajikan.. Ini tidak, nak keluar duit RM10 utk pantri pun kedekut..Ape kes??


Ingatlah dan sedarlah wahai pegawai kerajaan. Hak bersama jgnlah disalah guna. Kelak timbul pelbagai perbelanjaan luar jangka akibat pendapatan yg kurg berkat.. InsyaAllah renung2kan
Klik button share okay

14 comments:

Faina Arisya said...

salam..

nak share post awak bleh.. saya sokong2 sangat2 isu ni.. kebanyakan yg dapat elaun ni masuk poket sendiri jerk.. kedekut..

Alfian_Troxion said...

kat mana ek buleh dapat info hitam putih pasal kegunaan elaun keraian ni? ada dokumen kerajaan mana2 ke? bukan apa, nanti senang nak info kat sapa2 yg dapat pasal kegunaan sebenar elaun ni...

Anonymous said...

saya setuju sgt. dulu pegawai atasan saya yang Chinese selalu raikan kami. sebulan sekali mesti dia belanja kami nasik lemak atau kuih muih ke... yang simple je tapi kami semua happy. Sebab dia dapat elaun keraian. dia cakap tu bukan duit dia sorang...

Lepas dia pindah, digantikan dengan bos melayu...kedekut nak mampus. apa pun tak pernah bagi.

Yang chinese plak yang tau berbudi bahasa dan sedar diri duit tu bukan hak dia sorang. tp yang melayu....entah la.. jawab la dia ngan tuhan.

Anonymous said...

Dulu masa sy di DG41 sy dpt elaun khidmat awam, tp bila naik DG44, tak dpt dah elaun khidmat awam tp dpt elaun keraian... Betul ke elaun keraian ini untuk raikan sesuatu, jgn di salah tafsir sudah, takut plak kita yg makan duit keraian org lain plak kena jawab dgn tuhan.... Fikirkan....

Anonymous said...

opis nk cantik. keje nk cepat. bile time jamuan akan guna duit opis. bile lg nk gunakan duit elaun keraian tuh. staf bukan kaki mintak2. tapi tnpa staf boleh ker wat keje sendiri. fikir2kan. jgn dok pikir SKT sendiri jer. kebajikan staf kene jaga. baru hubungan antara bos dgn staf rapat. tak gitu.

Anonymous said...

kalau x silap nk tau pasal elaun keraian boleh rujuk dlm buku perintah am bab gaji dan elaun. kalau x silap laa..

Anonymous said...

Bukan setakat elaun keraian...bila masa nk raya officer ni yg dpt hadiah then dia bawak balik rumah...kenelaa fikir bukak jelaa agih2 pd staff...padahal staff sokongan nilaa yg buat keje...gampang!!!

Anonymous said...

staf pemalas, macam mana diraikan kalau pemalas

Anonymous said...

Keje biar la ikhlas, masing2 tau tanggung jawab masing2. Jangan sampai jadi manusia yang tak boleh tengok orang lain lebih daripada kita. Semua harta tu bukan kita punya tapi Allah yang punya. Kerja jangan terlalu mengharapkan balasan, bila terlalu mengharap balasan inilah jadinya. Sekarang kita kata gaji orang, cuba tengok gaji sendiri, i. t. khidmat awam tu untuk diri sendiri ke? Barang2 yang kita gunakan kat pejabat konfem ke semua guna untuk pejabat bukan kepentingan sendiri?

Beringat la sikit, bersyukur la dengan apa yang ada. Masing2 ada rezeki masing2.

Anonymous said...

Ni post dah lama ni. Mencari gak istilah sebenar elaun keraian ni sbb saya pun baru diberi tanggungjawab 44 selepas 41. Gaji makin sikit kalau elaun keraian digantikan imbuhan tetap keraian awam. Tapi at last jumpa istilah yang sebenar:
Takrif Imbuhan Tetap Khidmat Awam
Elaun yang diberi kepada anggota sektor awam untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai- pegawai yang menjawat jawatan strategik dalam perkhidmatan awam. Elaun ini dibayar kepada semua pegawai perkhidmatan awam bermula dari gred 1 sehingga 42 sahaja.
Takrif Imbuhan Tetap Keraian
Elaun yang diberi kepada anggota sektor awam untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai- pegawai yang menjawat jawatan strategik dalam perkhidmatan awam. Elaun ini dibayar kepada semua pegawai perkhidmatan awam gred 43 dan keatas (gred 43- 54 ; Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi)

Anonymous said...

Free bump la plak utk owner blog. Xpela. Utk pencerahan org ramai. Baru nak tulis kat blog sendiri, tapi bermalasan. Sy yg tulis atas ni tadi. Hehe

Unknown said...

Ikut istilah yg diberi oleh anon di atas, istilah keraian tu menggantikan elaun khidmat awam. Jadi maksud n tujuannya sama. Kalau betullah perkataan keraian tu difahami mengikut kamus dewan, ia sepatutnya menjadi elaun tambahan, bukan menggantikan elaun khidmat awam yg sedia ada.
Kadang2 apa yg ada dlm hati tu akan trserlah drpd percakapan n tulisan. Cuba berbaik sangka n cari jwpn dr sumber yg tepat kpd sbrg keraguan... Jangan sampai perasaan dengki n dendam memakan diri sendiri...

Anonymous said...

sy harap pihak yg post kaji dulu sebelum sebarkan..takut fitnah..bila seorang pegawai naik pangkat akn menerima elaun keraian menggantikan elaun ttp khidmat awam (ITKA)cth pegawai Gred 41naik 44..dulu 41 ITKA 300sbln..naik 44 ITKA tidak lg diberi ttapi digantikan dgn elaun keraian 400..so beza seratus shj.elaun keraian ini srbenarnye diberi utk meraikan pegawai di jawatanterbabit.sekian..jgn slh fhm lg ye

Anonymous said...

lumrah la tu mana2 pun, naik pangkat, gaji naik, tp makin kedekut...tetap nak menafikan apa itu ITK